Dipetik dari Utusan Malaysia, 23/06/2009
----------------------------------
JOHOR BAHRU 22 Jun - Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) akan melancarkan Skim Saham Kambing atau Qiradh An- Am dalam masa terdekat bagi memberi peluang kepada ahlinya menjana pendapatan melalui projek ternakan kambing yang telah diusahakan.
Pengerusinya, Prof. Madya Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, skim tersebut merupakan rentetan daripada projek perintis kambing boer yang dijalankan di Kahang, Kluang.
Beliau berkata, pengenalan skim berkenaan juga sejajar dengan pembangunan pesat Iskandar Malaysia terutamanya dalam sektor makanan dan pemprosesan agro.
"Dengan skim berkenaan, ahli koperasi dipelawa untuk menyuntik modal bagi projek penternakan kambing boer sekali gus menikmati pendapatan yang telah dijana.
"Namun harus diingat, semua ahli yang berminat perlu menjadi ahli yang aktif," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Perwakilan KPMNJ ke-14, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Johor, Ahmad Ali.
Dalam pada itu, Ahmad Ali berkata, pihaknya akan mengembangkan perniagaan pajak gadai Islam Ar- Rahnu di beberapa lokasi di bandar raya ini bagi memenuhi keperluan awam.
Katanya, pada permulaan, satu cawangan baru Ar-Rahnu akan dibuka di Wisma Koperasi, Jalan Skudai, di sini.
Beliau berkata, berdasarkan tinjauan, lokasi tersebut bersesuaian untuk dibuka cawangan baru kerana terdapat permintaan yang tinggi disebabkan kawasan sekitarnya adalah penempatan masyarakat Islam.
"Pihak kami bercadang untuk membuka satu cawangan di setiap kawasan itu bagi memudahkan anggota-anggota koperasi mendapatkan pinjaman tunai bercagar emas yang mudah dan cepat," katanya.
Tuesday, July 7, 2009
Monday, July 6, 2009
Sejarah Bermulanya Ternakan Kambing Boer KPMNJ
KPMNJ telah memulakan projek ternakbiak kambing Boer pada 12 Februari 2008 di ladang sawit milik KPMNJ yang bertempat di Kahang, Kluang, Johor. Jenis kambing yang diternakbiak adalah dari jenis Boer yang diimport dari negara Australia.
Jumlah kambing Boer yang dibeli terdiri daripada 5 ekor penjantan (fullblood) berumur 12 bulan dan 100 ekor induk betina (F4) dalam lingkungan umur 6-8 bulan.
Sebuah kandang kambing telah dibina bersaiz 30’ x 100’ menempatkan 105 ekor kambing tersebut dengan kapasiti boleh menampung sehingga 250-300 ekor kambing.
Kaedah ternakan yang dijalankan adalah secara fidlot bagi mengelakkan sebarang penyakit berjangkit dan keselamatan kambing itu sendiri.
Seluas 1 ekar tanah telah ditanam dengan rumput Gajah (Napier) dan sebagai makanan tambahan kambing.
KPMNJ juga telah menerima 20 ekor kambing induk (kacukan Boer) dari Jabatan Veterinar Kluang menerusi skim Pintaf.
Sejak bulan Februari 2008 sehingga Jun 2009, 121 ekor anak kambing Boer telah dilahirkan yang terdiri daripada 56 ekor jantan dan 65 ekor betina.
Jumlah keseluruhan kambing yang dimiliki oleh KPMNJ adalah 241 ekor yang terdiri dari 60 ekor jantan dan 181 ekor betina.
Gambar-gambar sekitar ketibaan kambing Boer di KLIA pada Februari 2008.

Subscribe to:
Posts (Atom)